Tips meNghaDapi TemuDuga
A) Persiapan awal sebelum menghadiri temuduga.
- Datang tepat pada masa,tarikh dan tempat dengan membawa surat tawaran kerja.
- Sediakan satu fail khas untuk sijil-sijil yang diperlukan oleh penemuduga.
B) Semasa menghadiri temuduga.
- Berpakaian kemas dan sesuai dengan kerja yang di pohon.Baju mestilah tidak mencolok mata dan digosok terlebih dahulu.
- Kasut mestilah berkilat,tidak kotor dan bertutup serta memakai sarung kaki.Elakkan dari memakai kasu getah,kasut sukan dan kasut berbelang.
- Bagi wanita yang tidak memakai tudung,rambut mestilah diikat kemas atau disanggul dan bagi lelaki rambut mestilah disikat rapi serta kemaskan bahagian misai dan jambang.
C) Sebelum masuk ke bilik temuduga.
-Lapor diri kepada kakitangan bertugas.
- Dapatkan angka giliran dan senarai nombor temuduga.
- Sentiasa berkeadaan sedia jika nombor dipanggil serta elakkan daripada sikap gelojoh atau gelabah.
D) Semasa memasuki bilik temuduga.
- Ketuk pintu bilik terlebih dahulu dan memberi salam kepada pegawai temuduga.
- Tutup pntu bilik dengan cermat dan berhati hati.Elakkan daripada menghempas pintu dengan kuat.
- Duduk di kerusi yang disediakan apabila mendengar arahan 'Sila Duduk'.
- Duduk dengan sopan dan badan mestilah tegak,tangan diletakkan di atas paha serta kaki diluruskan ke bawah.Pastikan perkara berikut tidak dilakukan :
i) Menyilang kaki semasa duduk.
ii) Menyandar dikerusi sambil menongkat dagu dengan tangan.
iii) Duduk dengan membengkokkan badan.
iv) Pastikan tidak membawa masuk barang yang tiada kaitan dengan temuduga seperti topi keledar,payung,laptop dan sebagainya.
E) Semasa Ditemuduga.
- Serahkan fail yang mengandungi sijil serta borang yang diperlukan dengan cermat.
- Bercakap dengan intonasi suara yang lemah lembut dan sopan.Jawab soalan dengan teratur dan tidak berbelit-belit.Elakkan daripada menceritakan hal peribadi kepada pegawai temuduga.
- Pastikan tahu mengenai latar belakang tempat ditemuduga dan jika ditanya jawab dengan ringkas dan padat.Elakkan daripada menjawab 'saya tidak tahu'.
F) Setelah selesai sesi temuduga.
- Apabila tamat temuduga, sila ucapkan terima kasih kepada pegawai dan bangun daripada kerusi dengan berhati-hati agar kerusi tidak jatuh.
-Bergerak dengan perlahan dan cermat kearah pintu.Tutup pintu sekali lagi dengan berhati hati.
G) Di luar bilik temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada kakitangang bertuga.Ambil semula dokumen yang diserahkan kepada kakitangan bertugas.
- Elakkan daripada berbual dengan rakan-rakan diluar bilik temuduga.
NOTA:
Untuk makluman perkara-perkara yang diberi perhatian adalah:
1) Personaliti dan perwatakkan.
2) Kelayakkan
3) Percakapan
4)Ilmu pengetahuan.
SELAMAT MENCUBA!!!!!